Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) berkata bahawa terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pihak Tentera Myanmar terlibat di dalam pembakaran kampung-kampung yang didiami oleh kaum Rohingya di wilayah Rakhine. Badan itu turut menggesa pihak kerajaan Myanmar untuk membenarkan agensi-agensi bantuan dan media untuk memasuki wilayah bergolak tersebut.
Pada hari Selasa, badan hak asasi manusia yang berpangkalan di New York itu telah mengeluarkan hasil temu ramah mereka dengan para saksi yang mengatakan bahawa sebanyak 1500 buah bangunan telah dimusnahkan di Rakhine sejak Oktober 2015. Perkara itu turut disokong oleh imej satelit yang mereka kumpulkan sebelum ini.
"Penemuan terbaru itu menangkis dakwaan pihak tentera dan kerajaan Myanmar yang menuduh kumpulan militan Rohingya sebagai pihak yang bertanggungjawab di dalam pembakaran kampung-kampung tersebut," kata Brad Adams yang merupakan Pengarah Bahagian Asia badan tersebut.
"Imej satelit dan para saksi dengan jelas menunjukkan bahawa pihak tentera bertanggujawab di dalam pembakaran bangunan-bangunan ini," tambahnya lagi.
13 Disember 2016 - 13:25
News ID: 797895
Pihak Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) berkata bahawa terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pihak Tentera Myanmar terlibat di dalam pembakaran kampung-kampung yang didiami oleh kaum Rohingya di wilayah Rakhine.